Saturday, April 23, 2011

Lier , Read This .

• Physical expression will be limited and stiff, with few arm and hand movements. Hand, arm and leg movement are toward their own body the liar takes up less space.

• A person who is lying to you will avoid making eye contact.

• Hands touching their face, throat & mouth. Touching or scratching the nose or behind their ear. Not likely to touch his chest/heart with an open hand.

Emotional Gestures & Contradiction

• Timing and duration of emotional gestures and emotions are off a normal pace. The display of emotion is delayed, stays longer it would naturally, then stops suddenly.

• Timing is off between emotions gestures/expressions and words. Example: Someone says "I love it!" when receiving a gift, and then smile after making that statement, rather then at the same time the statement is made.

• Gestures/expressions don’t match the verbal statement, such as frowning when saying “I love you.”

• Expressions are limited to mouth movements when someone is faking emotions (like happy, surprised, sad, awe, )instead of the whole face. For example; when someone smiles naturally their whole face is involved: jaw/cheek movement, eyes and forehead push down, etc.

Also see our article on micro expressions & lying.


Interactions and Reactions
• A guilty person gets defensive. An innocent person will often go on the offensive.

• A liar is uncomfortable facing his questioner/accuser and may turn his head or body away.

• A liar might unconsciously place objects (book, coffee cup, etc.) between themselves and you.

Verbal Context and Content
• A liar will use your words to make answer a question. When asked, “Did you eat the last cookie?” The liar answers, “No, I did not eat the last cookie.”

•A statement with a contraction is more likely to be truthful: “ I didn't do it” instead of “I did not do it”




• Liars sometimes avoid "lying" by not making direct statements. They imply answers instead of denying something directly.

• The guilty person may speak more than natural, adding unnecessary details to convince you... they are not comfortable with silence or pauses in the conversation.

• A liar may leave out pronouns and speak in a monotonous tone. When a truthful statement is made the pronoun is emphasized as much or more than the rest of the words in a statement.

• Words may be garbled and spoken softly, and syntax and grammar may be off. In other
words, his sentences will likely be muddled rather than emphasized.

• The use of distancing language.

Also see our article on Statement Analysis for a more in-depth look at word analysis techniques used by interrogators.

Other signs of a lie:
• If you believe someone is lying, then change subject of a conversation quickly, a liar follows along willingly and becomes more relaxed. The guilty wants the subject changed; an innocent person may be confused by the sudden change in topics and will want to back to the previous subject.

• Using humor or sarcasm to avoid a subject.

Final Notes:
Obviously, just because someone exhibits one or more of these signs does not make them a liar. The above behaviors should be compared to a persons base (normal) behavior whenever possible.

Most lie detecting experts agree that a combination of body language and other cues must be used to make an educated guess on whether someone is telling the truth or a lie.

Wednesday, April 20, 2011

Hikmah Al-Mulk .

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."(direkodkan oleh Imam tirmidzi)

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain iaitu:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk." (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya." (direkodkan oleh tabrani)

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

5. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."(Direkodkan oleh Imam Tirmidzi)

6. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

7. Daripada Abi Hurairah r.a dari Rasulullah SAW bersabda :”Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada tiga puluh ayat memberi shafaat kepada pembacanya hingga diberi keampunan untuknya iaitu surah Al-Mulk “(Tabaraarakal-Lazi).” (Direkodkan oleh Imam Ahmad)

8. Daripada Anas Ibnu Malik berkata: “rasulullah SAW telah bersabda: Satu surah di dalam Al-Quran menghujahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga. Iaitu (Tabaraakal-Lazi)(HR.Riwayat At-Tabarani)

9. Daripada Ibnu Abbas r.a berkata: “adakah kamu mahu saya khabarkan kepadamu satu hadis yang menggembirakan kamu, ia berkata bahkan!”Beliau (Ibnu Abbas) berkata bacalah surah Al-Mulk dan ajarkanlah kepada ahli kamu dan semua anak kamu dan kepada anak-anak kamu yang belum baligh dirumahmu dan jiranmu sesungguhnya yang menyelamatkan dari berdebat hari kiamat di depan Allah SWT memohon kepada pembacaannya supaya Allah SWT menyelamatkan dia daripada api neraka dan pembacaannya juga selamat daripada siksaan kubur.(Oleh Abd Humaid dalam Musnadnya

Saturday, April 2, 2011

Fixie :D


NAK BENDA ALAH NI !
oke ?
sape yang murah hati , tu bole laa hantar ke alamat berikut ,

No 5-1-7 Blok 5 , Intana Ria 1 . 43650 , Bandar Baru Bangi .

Tuesday, March 29, 2011

AlQuranul Karim

DGN NAMA ALLAH YG MAHA PEMURAH, MAHA PENGASIH
Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat, telah disempurnakan agamamu (Islam). Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama
Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?

Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam
Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?

Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan atau Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi
Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja
nabi Isa itu Tuhan kan?

Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa). Sedangkan, dalam Bible juga yang ada menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman
nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?

Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir
tanpa bapa.

Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja?
Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami'
Kenapa?

'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ? Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' .

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah
rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?

Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

8) Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk
dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?

Sains telah buktikan,sayur dan pokok turut ada nyawa. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ada banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan banyak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria,
bunuh binatang dosa besar"

Kita jawab seperti ini, habis tu, kita cumaberdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ada deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"

Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"

Kita jawab ,"Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan
binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi
taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran..." Eleh,
tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan?
Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak
kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa
yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?

Sebab bukansemua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.

Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah
berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk
melaungkan azan. Orang Hindu tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam
hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC,
orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita
untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!

14) Kenapa perlu ikut nabi Muhammad saw kerana nabi dan rasul sebelum
baginda kan betul2 juga?

Nabi sebelum Nabi Muhammad saw diutus untuk kaum dan zaman tertentu sahaja. Sedangkan Nabi Muhammad saw diutus untuk semua kaum dan sepanjang zaman.

Soalan2 yg nyatakan di atas, sebenarnya memang benar2 di tanya oleh orang
bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana
hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala
kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2
dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikan pun tak perlu
panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat. Aku hanya menyampaikan sahaja.
Segala kekurangan dan salah silap harap diperbetul dan dimaafkan...
WALlahua'lam .
Bukan Saya yeaa , ni hasil Copy Paste yang membawa manfaat yang amat besar kepada saya .